LAWATAN DATUK BANDAR ALOR SETAR KE BAZAR RAMADAN POKOK SENA

10 Mac 2025, Ahad – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan Pokok Sena, kelmarin. Beliau diiringi Pegawai Daerah Pejabat Daerah Dan Tanah Pokok Sena, Tn. Mohamad Rizal Mohamad Radzi; Pegawai Kesihatan Daerah Kota Setar, Dr. Shareh Azizan Shareh Ali; TPKN (Keselamatan & Kualiti Makanan) JKN Kedah; Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, En. Khairuddin Bin Idris serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Lawatan tersebut diadakan bertujuan meninjau operasi bazar tersebut selain bertemu para meniaga dan pengunjung dalam memastikan kebersihan dan keselamatan berada dalam tahap yang terbaik. Selain itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar turut menjalankan operasi pemeriksaan gerai-gerai bagi memastikan kualiti makanan yang dijual adalah bersih, selamat, dan mematuhi piawaian kesihatan.
 
Usai lawatan bazar tersebut, Yang Berbahagia Datuk Bandar bersama Tuan Pegawai Daerah Pejabat Daerah Dan Tanah Pokok Sena turut hadir ke Program Jejak Asnaf Sempena Ihya Ramadan yang diadakan di Stesen Minyak BHPetrol, Pokok Sena.
 
Program anjuran BHPetrol Pokok Sena itu telah memberikan sumbangan kepada 40 orang asnaf yang terdiri daripada orang-orang kampung dan pelajar-pelajar sekolah. Sumbangan yang diberikan itu adalah berbentuk wang tunai dan juga barang-barang keperluan. Selain itu juga, turut diadakan agihan bubur lambuk kepada orang ramai yang berkunjung ke stesen minyak berkenaan.
 
Hadir sama di program itu ialah Ahli Majlis MBAS Zon 17 Sena, Puan Robiah Dahaman; Ahli Majlis MBAS Zon 3, Dato Ch’ng Boon Chye; Ahli Majlis MBAS Zon 10, En. Amir Ahmad, pegawai-pegawai BHPetrol Pokok Sena serta pegawai-pegawai terlibat.
 
 
Skip to content