11 MAC 2025 – KHTP : Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) telah menganjurkan Program Singgah Sahur yang merupakan program Tahunan PBT TPHTK semasa bulan Ramadan. 

Tahun ini PBT TPHTK memilih untuk mengagihkan makanan Sahur kepada agensi Kerajaan di dalam kawasan pentadbiran PBT bagi menghargai jasa dan pengorbanan barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Antaranya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, Balai Polis Kulim Hi-Tech, Hospital Kulim serta pengawal keselamatan yang bertugas di institusi pengajian dalam kawasan pentadbiran PBT TPHTK. 

Hadir turun padang ke Program Singgah Sahur, Yang Berbahagia Puan Sunita Binti Abdul Aziz, Yang Berusaha Encik Ahmad Fayadh bin Abdul Manap, Ahli-ahli Majlis, Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan PBT TPHTK. 

Skip to content