TEMUDUGA GERAI-GERAI & MEDAN-MEDAN SELERA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH

Seramai 31 orang peniaga menghadiri Sesi Temuduga Gerai yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa, Tingkat 5 Menara MPSPK pada hari ini bermula pada jam 9.00 pagi. Gerai-gerai dan medan-medan selera yang terlibat adalah seperti berikut: Gerai Lagenda Indah, Gerai Taman Melor, Medan Selera Jalan Padang dan Medan Selera Jalan Dewa.

Sesi Temuduga dipengerusikan oleh Setiausaha MPSPK, Encik Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi, bersama panel iaitu Ketua Bahagian Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Ts. Ahmad Syazwan bin Saiddin, Ahli Majlis Zon 7, Encik Mohammad Izzudin bin Mohd Dali dan Ahli Majlis Zon 11, Encik Khattab bin Bakar. Turut hadir bersama Puan Yuhanis Binti Yusof dan Cik Syazwani Binti Samsuri dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta selaku urusetia.


Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content