𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟓𝐌 – 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐘𝐀𝐓𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀




13 Mac 2025 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menganjurkan Ceramah Ramadan 1446H/2025M bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MPKK. Ceramah istimewa ini disampaikan oleh YBhg. Dato’ Syeikh Ahmad Faisol bin Hj Omar, mantan Pegawai Hal Ehwal Islam Negeri Kedah.
“Menjaga Keseimbangan Antara Ibadah dan Kerja Tanpa Mengorbankan Prestasi”, ceramah ini memberi panduan berguna kepada warga MPKK dalam menyeimbangkan tanggungjawab kerja dan amal ibadah sepanjang Ramadan. Para peserta diberikan pengisian rohani yang menyentuh hati, mendalami hikmah Ramadan, serta memperkukuhkan kefahaman tentang amalan yang membawa keberkatan dalam kehidupan seharian.
Semoga perkongsian ilmu ini memberi inspirasi dan menyemarakkan lagi semangat kita dalam menjalani ibadah sepanjang Ramadan.