MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM KARIAH KUBANG ROTAN
11 Mac 2025, Selasa – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah hadir meraikan anak-anak yatim di Majlis Berbuka Puasa Perdana bersama Anak-Anak Yatim Kariah Kubang Rotan yang diadakan bertempat di Masjid Nurul Ehsan, Kuala Kedah.
Program tersebut merupakan anjuran Pengurusan Masjid Nurul Ehsan bersama Wings Motor Gang Society (WMGS) yang meraikan seramai 80 anak-anak yatim dengan penyampaian sumbangan baju raya, bantuan wang tunai serta hamper barangan sebagai usaha untuk meringankan beban dan memberikan kebahagiaan kepada mereka di bulan Ramadan dan Syawal.
Program turut diserikan dengan ketibaan kira-kira 100 buah motosikal berkuasa tinggi dari Kelab Permotoran WMGS yang diterajui oleh Dato’ Awie yang hadir memeriahkan majlis tersebut.
Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim telah disempurnakan oleh ADUN Kubang Rotan merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Salleh Saidin diiringi Datuk Bandar Alor Setar, Presiden Kelab WMGS serta Tuan Imam Masjid Nurul Ehsan, Ustaz Mohammad Jasni. Turut diadakan juga Bacaan Tahlil dan akitiviti berbuka puasa beramai-ramai di majlis tersebut.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'