📢 𝗣𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝘄𝗮 𝗽𝗿𝗲𝗺𝗶𝘀 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗺 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 (𝗠𝗣𝗞𝗞)!
MPKK dalam tindakan pelaksanaan kerja-kerja lawat periksa pegangan bagi tujuan Penilaian Semula Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah 2025 untuk penyediaan Senarai Nilaian Baharu selaras dengan peruntukan Seksyen 137 (3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] yang hendaklah dilaksanakan setiap lima (5) tahun.
🛠 𝐀𝐏𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐊𝐔?
✅ Pegawai Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MPKK akan menjalankan lawat periksa dan pengukuran di premis anda dan menyerahkan Borang Penyata Pemilik.
✅ Anda perlu melengkapkan Borang Penyata Pemilik dan mengembalikan borang tersebut kepada MPKK dalam masa 14 hari melalui kaedah-kaedah berikut:
i. Walk-in ke pejabat MPKK
ii. e-Mel ke jpph@mpkk.gov.my
✅ Segala maklumat yang diberikan akan direkodkan bagi tujuan semakan rasmi.
👮♂ 𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐌𝐏𝐊𝐊?
✔ Memakai tanda nama rasmi MPKK dan vest rasmi JPPH
✔ Menunjukkan kad kuasa sah sebelum memasuki premis
📌 𝐀𝐏𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐋𝐀𝐊𝐔𝐊𝐀𝐍?
🔹 Semak kad kuasa pegawai sebelum memberi kebenaran masuk.
🔹 Beri kerjasama penuh dan sediakan maklumat yang diperlukan.
🔹 Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat bagi mengelakkan kesilapan dalam proses penyediaan Senarai Nilaian Baharu.
⚠ 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆!
Diingatkan bahawa mengikut Seksyen 140 (1) dan (2) A, B, C, Akta 171, adalah menjadi satu kesalahan jika:
🚫 Enggan memberi maklumat kepada pegawai bertugas.
🚫 Memberikan maklumat palsu atau mengelirukan.
🚫 Menghalang pegawai daripada menjalankan pemeriksaan.
📞 Sebarang pertanyaan? Hubungi kami di:
📍 Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MPKK
📲 Talian: 04-432 5225
Kerjasama anda amat dihargai bagi memastikan proses ini berjalan dengan lancar demi manfaat semua! 🙏 Terima kasih!
