KUNJUNGAN HORMAT JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
13 Mac 2025, Khamis – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah (JBSN) di Ibu Pejabat MBAS, sebentar tadi.
Ia dihadiri oleh Pengarah JBSN Kedah, Puan Noor Azma Binti Deris; Timbalan Pengarah JBSN Kedah, Encik Mohd Suhaimi Bin Saad; Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar, Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir; Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar, Puan Nor Hasimah Binti Abd Hamid serta Penolong Jurutera, En. Mohd Redzuan Bin Shafie.
Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara kedua pihak ke arah dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'