KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH SPRM KEDAH KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR

13 Mac 2025, Khamis – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah, Datuk Ahmad Nizam bin Ismail di Ibu Pejabat MBAS, sebentar tadi.
 
Ia turut dihadiri Ketua Unit Pengurusan SPRM Negeri Kedah, En. Bakri bin Mehat, Ketua Cawangan SPRM Langkawi, Tuan Izham bin Ibrahim serta pegawai-pegawai SPRM Kedah.
 
Semoga pertemuan ini membantu mempertingkatkan hubungan kerjasama serta mutu perkhidmatan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
 
 
Skip to content