LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI (MPSPK) KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR (MBAS)
12 Mac 2025, Rabu – Majlis Bandaraya Alor Setar telah menerima kunjungan dari sahabat PBT Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) yang dihadiri oleh Ketua Bahagian Lalulintas, Jabatan Penguatkuasaan MPSPK, Puan Noor Faizah bt Othman dan Ketua Seksyen Letak Kereta, Jabatan Penguatkuasaan MPSPK, En. Md. Md Azizi bin Elias.
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai pelaksanaan sistem Tempat Letak Kereta Terkawal di bawah seliaan MBAS. Satu sesi taklimat mengenai sistem Tempat Letak Kereta Terkawal MBAS telah disampaikan oleh Ketua Unit Tempat Letak Kereta MBAS, Puan Norita Binti Hassaim dan Penyelia Unit Tempat Letak Kereta MBAS, Encik Muhammad Azli Bin Mutalib. Turut diadakan juga lawatan tapak ke beberapa lokasi Tempat Letak Kereta Terkawal MBAS di Bandaraya Alor Setar.
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) diatas kunjungan mesra ini dan diharap akan berjumpa lagi di masa yang akan datang.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'