OPERASI PEMERIKSAAN BAZAR RAMADAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

12 Mac 2025, Rabu – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Inspektorat Kesihatan Persekitaran telah menjalankan satu operasi pemeriksaan Bazar Ramadan bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
 
Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan, sebanyak 4 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai topi, apron dan kasut semasa mengendalikan makanan, tidak mempunyai tong sampah di premis perniagaan dan tiada kad suntikan.
 
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, semua peniaga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
 
 
Skip to content