ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR | 500 BEKAS BUBUR LAMBUK AKAN DIEDARKAN DI IFTAR POTLUCK MBAS BERTEMPAT DI DATARAN MEDAN BANDAR ALOR SETAR HARI INI
13 Mac 2025, Khamis – Bagi menghidupkan suasana bulan Ramadan sekaligus memupuk umat Islam agar mengamalkan budaya memberi dan bersedekah, Majlis Bandaraya Alor Setar akan mengedarkan 500 bekas bubur lambuk kepada orang ramai di program Iftar Potluck MBAS yang akan diadakan bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar petang ini.
Inisiatif ini diambil oleh pihak MBAS bersama Biro Agama Dan Dakwah, Kelab MBAS melalui program kacau bubur lambuk yang diadakan sejak awal pagi tadi bertempat di Ibu Pejabat MBAS.
Orang ramai dijemput hadir ke program Iftar Potluck MBAS pada petang ini. Sama-sama kita mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh mulia ini dengan mengeratkan silaturahim sesama kita.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'