PROGRAM SOLAT DHUHA DAN SOLAT HAJAT MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR 2025 BAGI BULAN MAC 1446H | 2025M
13 Mac 2025 (Khamis) – Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama Puspanita MBAS dan Biro Agama & Dakwah, Kelab MBAS telah mengadakan Program Solat Dhuha dan Solat Hajat bertempat di Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, pagi tadi.
Program telah dihadiri oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya. Solat Sunat Dhuha dan Solat Hajat berjemaah telah dipimpin oleh Ustaz Halimuddin bin Ahmad, Imam Masjid Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah.
Hadir sama Yang Dipertua Kelab MBAS, Tn. Haji Md. Nayan Bin Bahari; Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian serta semua kakitangan dan ahli Puspanita Majlis Bandaraya Alor Setar.
Turut berlangsung Program Saringan Kesihatan secara percuma oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia yang sedang berlangsung di perkarangan Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah. Program ini akan berlangsung hingga Jam 1.00 petang ini. Orang ramai dijemput hadir.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'