KENYATAAN TAWARAN

  1. Sebut harga adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal tempatan yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kementerian Kewangan yang masih sah tempohnya dan berdaftar dengan Majlis Daerah Baling dibenarkan membuat tawaran bagi perkhidmatan/bekalan serta syarat-syarat seperti berikut :-
BILBUTIR-BUTIR TAWARANSYARAT PENDAFTARANHARGA DOKUMENTARIKH JUALANTARIKH TUTUP
  a.  Sebut Harga Perkhidmatan Dobi Di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong dan Rumah Rehat Baling Majlis Daerah Baling   MDB/SH/02/2025(PK)  i) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)   222302 – Perkhidmatan Domestik – Dobi   ii) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)      RM 30    17 Mac 2025   Hingga   20 Mac  202523 Mac  2025 (12.00 Tengahari)
  b.  Sebut Harga Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Kepada Majlis Daerah Baling   MDB/SH/03/2025(PK)  i) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)   220801 – Kawalan Keselamatan   ii) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  1. Dokumen Tawaran Sebut Harga boleh diperolehi mulai 17 Mac 2025 hingga 20 Mac 2025 di Kaunter Hasil, Jabatan Perbendaharaan, Majlis Daerah Baling dengan mengemukakan bayaran dokumentasi sebanyak RM 30.00 (tidak kembalikan) dalam bentuk bayaran tanpa tunai (cashless). Pembekal hendaklah menghantar dokumen sebut harga menggunakan sampul surat berlakri.
  1. Waktu kaunter beroperasi seperti berikut :- Ahad – Rabu  : 8.00 Pagi – 3.30 Petang (Rehat 1.00 petang – 1.30 petang) Khamis            : 8.00 Pagi – 1.00 Petang
  1. Dokumen Tawaran Sebut Harga hanya dikeluarkan kepada pembekal yang sah sahaja. Untuk maksud ini pembekal hendaklah membawa surat pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta mempunyai kod bidang berkaitan, Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), penyata bank syarikat dan pembekal juga hendaklah berdaftar dengan Majlis Daerah Baling.
  1. Dokumen Tawaran Sebut Harga mestilah di masukkan ke dalam satu sampul surat berlakri yang ditanda no. sebut harga dan tajuk perkhidmatan/bekalan.

Dokumen Tawaran Sebut Harga yang diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran sebut harga sebelum atau pada 23 Mac 2025 dan tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari.

Yang Dipertua Majlis Daerah Baling Kedah

Skip to content