SESI TEMUDUGA JAWATAN KOSONG MPSPK

Sesi temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan Penolong Arkited Landskap (Gred JA5), Penolong Pegawai Senibina (Gred JA5), Penolong Pegawai Penilaian (Gred W5) dan Penolong Pegawai Perancang Bandar (Gred JA5) telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa, Aras 5 Menara MPSPK.

Seramai 36 orang calon telah hadir untuk menghadiri sesi temuduga tersebut. Panel temuduga yang terlibat adalah Setiausaha MPSPK Encik Mohammad Hasbullah Bin Abd. Hadi, Pengarah Jabatan Bangunan Encik Suhairi Bin Mustaffa, Pengarah Jabatan Landskap, Encik Muhammad Hasrun Bin Ahmad, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar TPr. Rohani Binti Abu Bakar dan Pn. Noorhayati bt. Md Soberi, Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Organisasi) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Turut bersama, Encik Mohd Zuraimi bin Zulkefly, Ketua Bahagian Sumber Manusia dan kakitangan Bahagian Sumber Manusia MPSPK selaku urusetia.

Semoga dipermudahkan urusan temuduga buat semua calon yang hadir. Selamat maju jaya!


Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content