MESYUARAT PRA JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
17 Mac 2025, Isnin – Mesyuarat Pra Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) yang diurusetia oleh Bahagian Pusat Setempat MBAS telah dilaksanakan secara pentadbiran bagi mengkoordinasi ulasan teknikal yang diterima sebelum Jabatan Memperaku memuktamadkan kertas perakuan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya serta dihadiri oleh pengarah jabatan teknikal yang bersidang dua (2) kali sebulan. Ketua Bahagian Pusat Setempat, Puan Nurwani bt Mat Nashir selaku Setiausaha Jawatankuasa turut membentangkan permohonan pemajuan yang lewat serta menghampiri tempoh piagam untuk mendapatkan maklumbalas sebelum keputusan akhir dimuktamadkan oleh Jawatankuasa. Pemantauan tempoh piagam bagi semua permohonan adalah selaras dengan Manual OSC 3.0 Plus.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'