SESI TEMUDUGA JAWATAN KOSONG MPSPK

Sesi temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Tadbir (N5) dan Juruteknik Komputer (FT1) telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa, Aras 5 Menara MPSPK.

Kesemua 20 orang calon N5 dan 10 orang calon FT1 telah ditemuduga oleh panel-panel terlibat yang terdiri daripada Setiausaha MPSPK Encik Mohammad Hasbullah Bin Abd. Hadi, Pengarah Jabatan Kewangan Encik Anuar bin Ramli, Ketua Bahagian Undang-Undang Nurul Shashabilla binti Ahmad Sukri dan Ketua Bahagian Teknologi Maklumat Encik Mohd Yusri bin Mohamad Yusop. Hadir sama kakitangan Bahagian Sumber Manusia MPSPK selaku urusetia.

Semoga dipermudahkan urusan temuduga buat semua calon yang hadir. Selamat maju jaya!


Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content