USAHA MEMPROMOSIKAN APLIKASI FLEXI PARKING DI MEDAN-MEDAN SELERA BANDARAYA ALOR SETAR

16 Mac 2025, Ahad – Majlis Bandaraya Alor Setar bersama-sama pihak Flexi Parking terus mempromosikan Aplikasi Parkir Tanpa Tunai yang digunapakai di Bandaraya Alor Setar iaitu Flexi Parking .
 
Usaha itu dilakukan oleh kakitangan Unit Tempat Letak Kereta (TLK) MBAS bersama-sama pihak Flexi Parking dengan menampal pelekat iklan Flexi Parking di Medan-Medan Selera di Bandaraya Alor Setar. Selain mempromosikan Flexi Parking, pelekat larangan merokok juga turut ditampal sebagai peringatan buat orang awam.
 
Skip to content