20 MAC 2025 | RABU
𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 DAN 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐔𝐊
Program ini merupakan acara tahunan yang telah dianjurkan bersama agensi/ jabatan Daerah Yan iaitu Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Yan, Ahli PUSPANITA Daerah Yan serta kakitangan dan staf Majlis Daerah Yan. Turut hadir YB Tuan Sabri, Ahli Parlimen Jerai. Program ini telah bermula jam 9.00 pagi bertempat di Masjid Al-Wustha, Guar Chempedak.
Bubur lambuk merupakan sejenis hidangan yang biasanya dimasak secara bergotong-royong pada bulan ramadan. Antara objektif program adalah mengeratkan hubungan antara kakitangan Majlis Daerah Yan bersama agensi luar lain. Program ini juga merupakan program komuniti dan kemasyarakatan yang melibatkan semua lapisan umur.
Sebanyak tiga periuk bubur lambuk yang telah dihasilkan secara bergotong-royong. Bubur lambuk yang siap dimasak pada jam 1.00 tgh hari kemudiannya diagihkan kepada para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan, agensi yang turut serta dalam penyediaan.
Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah)/ Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Fara Ashikin binti Mohd Zikri, BCK), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Puan Afifah Binti Mohd Asri, para Ahli Jawatankuasa dan warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, para warga kerja Pejabat Majlis Daerah Yan kemudiannya turut mengagihkan bungkusan bubur lambuk tersebut kepada para pengguna jalan raya di hadapan Pejabat Majlis Daerah Yan.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh jabatan / agensi peringkat Daerah Yan serta semua atas kerjasama padu dan komitmen tinggi yang diberikan dalam menjayakan Projek Kasih Ramadan (Penyediaan dan Pengagihan Bubur Lambuk Sempena Ramadan 1446H / 2025M Peringkat Daerah Yan) ini.
Semoga sumbangan ikhlas dan usaha murni dari semua pihak ini dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T sempena Sambutan Ihya’ Ramadan Al Mubarak 1446H / 2025M melalui perkongsian rezeki dan amalan nilai – nilai positif serta murni di bulan Ramadan yang mulia ini.
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.





