Skip to content

20 Mac 2025 – Sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia ( International Day of Happiness ) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, Daerah Bandar Baharu telah dinobatkan antara 20 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2025 yang telah mencapai skor tertinggi bagi 14 komponen utama yang dinilai melalui Indeks Kebahagiaan, MURNInets.

Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu bersama Encik Muhamad Amin bin Jaafar, Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu hadir untuk menerima anugerah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Nga Kor Ming bertempat di Dewan Kristal, KPKT, Putrajaya.

Turut hadir sama Ketua Bahagian dan Unit Majlis Daerah Bandar Baharu.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN

msenarzh-CN