Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Keselamatan Komuniti Sempena Perayaan Hari Raya Adilfitri Di Bazar Aidilfitri (Perkarangan Pasaraya Yawata), Bandar Darulaman, Jitra Tahun 2025M/1446H


































22 Mac 2025 (Sabtu) – Sebagai langkah proaktif dalam meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dan keselamatan komuniti, satu Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Keselamatan Komuniti telah diadakan di Bazar Aidilfitri (Perkarangan Pasaraya Yawata), Bandar Darulaman, Jitra. Program ini dianjurkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025/1446H bagi mengingatkan pengguna jalan raya serta masyarakat tentang kepentingan keselamatan sepanjang musim perayaan.
Program ini telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kubang Pasu, Encik Muhamad Mahazi Bin Haji Ibrahim, serta turut dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Encik Badrulhisham Bin Haji Sulaiman, Ketua-Ketua Jabatan seperti Jabatan Penguatkuasa, Encik Wan helmy Bin Wan Daud dan Jabatan Kesihatan, Puan Mashitohk Binti Ali dan wakil-wakil agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), serta Pejabat Daerah Kubang Pasu. Kehadiran wakil-wakil agensi ini menunjukkan komitmen mereka dalam memastikan kesejahteraan masyarakat, terutama dalam aspek keselamatan jalan raya dan keselamatan komuniti.
Antara objektif utama program ini adalah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan pematuhan peraturan jalan raya, menggalakkan sikap pemanduan berhemah, serta meningkatkan kesedaran mengenai langkah-langkah keselamatan dikalangan komuniti setempat. Program ini turut melibatkan sesi penerangan ringkas dan edaran risalah advokasi.
Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan para pengguna jalan raya lebih berdisiplin dan berhemah ketika berada di jalan raya, manakala komuniti setempat lebih peka terhadap aspek keselamatan di kawasan kediaman masing-masing. Keselamatan adalah tanggungjawab bersama, dan semua pihak harus memainkan peranan aktif dalam memastikan persekitaran yang lebih selamat dan harmoni untuk semua.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang…/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
No. Whatsapp Aduan MPKP : 014-628 8381