24 Mac 2025 – Majlis Penutup Tadarus Al-Quran 1446H/2025M anjuran PUSPANITA MPKK telah berlangsung dengan penuh kesyukuran di Surau Az-Zuhud,MPKK. Seramai 59 orang anggota PUSPANITA telah mengambil bahagian dalam program tadarus yang diadakan sepanjang bulan Ramadan sebagai usaha menyemarakkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran.

YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki, Pengerusi PUSPANITA MPKK dan Cawangan Kecil Daerah Kulim, dalam ucapannya menekankan kepentingan menjadikan Al-Quran sebagai amalan berterusan dalam kehidupan seharian, bukan hanya pada bulan Ramadan.

Majlis turut diserikan dengan Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustazah Norhafizah binti Radzali dalam suasana yang penuh ketenangan dan keberkatan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh urus setia yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha kita mendapat ganjaran daripada Allah SWT dan menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lebih berpaksikan Al-Quran.

Klik untuk gambar sekitar program

#PUSPANITAKulim

#TadarusAlQuran

#KhatamAlQuran

#Ramadan1446H

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content