Skip to content

✨𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐓𝐀𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 ✨🌙

24 Mac 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan Majlis Penutup Tadarus Al-Quran dan Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2025 bagi menyemarakkan semangat Ramadan dalam kalangan warga kerja.

YBhg. Dato’ Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK dalam menyampaikan ucapan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PUSPANITA MPKK atas usaha murni menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran ini. “Program sebegini bukan sahaja mengukuhkan nilai-nilai keagamaan dalam kalangan warga kerja, malah turut mengeratkan silaturahim sesama warga MPKK.”

“Bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini adalah masa terbaik untuk memperbanyakkan amalan, khususnya membaca dan menghayati Al-Quran. Amalan tersebut bukan sahaja meningkatkan kerohanian, malah menyemai ketenangan jiwa, ketakwaan serta keimanan. Membaca dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran dapat menyucikan hati dan menjadi sumber kekuatan rohani.”

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada peserta Tadarus Al-Quran yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran sepanjang Ramadan. YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki, Pengerusi PUSPANITA MPKK dan Cawangan Kecil Daerah Kulim menyempurnakan sesi penyampaian cenderahati ini sebagai tanda penghargaan atas komitmen peserta dalam mendalami dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran.

Sebagai simbol keprihatinan dan kebersamaan, sumbangan Hari Raya Aidilfitri turut disampaikan oleh Yang Dipertua MPKK kepada setiap jabatan. Sumbangan ini bukan sekadar tanda penghargaan MPKK dalam mengiktiraf pengorbanan anggota yang sentiasa memastikan penyampaian perkhidmatan terurus dan berjalan lancar.

🌙💖 Semoga Ramadan terus menjadi panduan dalam kehidupan kita dan Aidilfitri yang bakal tiba membawa sinar kebahagiaan buat semua.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPenutupTadarusAlQuran

#SumbanganHariRayaAidilfitri2025

#KeberkatanRamadan

#SyawalDirai

#MPKKPrihatin

#RamadanMendekatkanKita

msenarzh-CN