✨ 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌 ✨

Isnin, 24 Mac 2025 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi pelabur industri China dari PTL New Energy Technology Co., Ltd. yang diketuai oleh Zhongwei Han Timbalan Pengurus Besar Eksekutif, Kumpulan Putailai (Ketua Perniagaan Luar Negara).

Kunjungan ini disambut baik oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK serta Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK bersama-sama pengarah dan pegawai MPKK yang terlibat. Turut hadir pegawai dan wakil daripada agensi teknikal luaran antaranya seperti PLANMalaysia Kedah, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kulim (JAS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), SADA, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kunjungan ini membuka ruang perbincangan dan kerjasama strategik antara pihak MPKK dan pelabur luar negara dalam menjadikan Kulim sebagai hab teknologi tenaga baharu dan pintar di Daerah Kulim.

Klik untuk gambar sekitar program

#TheGreaterKedah

#KulimSmartCity

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content