MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2025M | 1446H
17 Februari 2025, Isnin – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah hadir ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Kedah di Masjid Al-Islah Alor Mengkudu, Alor Setar, malam tadi.
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah selaku wakil kepada Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah, telah berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Keberangkatan tiba Baginda Tuanku telah disambut oleh YB Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Mohd Azam Bin Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Wira Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil Bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Haji Zainuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Serta para dif kenamaan yang lain.
Majlis dimuliakan dengan solat Isyak dan terawih secara berjemaah bersama Baginda Tuanku. Seterusnya, Baginda Tuanku berkenan mendengar Tazkirah Khas yang disampaikan oleh Shohibul Fadhilah Dato’ Syeikh Ismi Anuar bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'