βœ¨ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ€π’πˆπ‡ π‘π€πŒπ€πƒπ€π 𝐃𝐀𝐍 π’π”πŒππ€ππ†π€π π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ“βœ¨πŸŒ™

Isnin, 24 Mac 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) terus memperkukuh hubungan dengan komuniti melalui inisiatif tanggungjawab sosial yang menyemai nilai kasih sayang dan keprihatinan.

Program Kasih Ramadan dan Sumbangan Aidilfitri 2025 yang berlangsung di Dewan Bandaran Kulim menjadi simbol usaha menyantuni golongan kurang berkemampuan agar turut merasai kegembiraan menyambut Syawal yang bakal menjelma.

Seramai 180 orang penerima manfaat daripada zon Ahli Majlis dan Pegawai Kawasan (Area Officer) terdiri daripada golongan asnaf menerima sumbangan melalui program ini. Inisiatif ini mencerminkan semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial MPKK terhadap kesejahteraan masyarakat setempat.

YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK dalam ucapan menyatakan bahawa, program ini bukan sekadar penyampaian sumbangan, tetapi lambang keprihatinan dan ukhuwah yang perlu disemai secara berterusan. Ia bertujuan meringankan beban mereka yang memerlukan, agar Aidilfitri dapat disambut dengan penuh makna dan kegembiraan.

Dato’ Yang Dipertua turut menekankan pentingnya menerapkan nilai memberi dan membantu dalam kehidupan seharian, selaras dengan nilai ajaran Islam. MPKK, dengan kerjasama Ahli Majlis dan pegawai kawasan yang diselaras oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKK akan terus komited menyantuni komuniti dan menyemarakkan semangat perpaduan yang utuh.

“Semoga sumbangan ini membawa kegembiraan serta keberkatan buat semua”.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian tazkirah Ramadan oleh Ustaz Mohd Iskandar Shah bin Ibrahim, Ahli Majlis Zon 03 MPKK, turut menyemarakkan pengisian rohani dalam program ini dengan mesej kasih sayang, keinsafan dan keikhlasan dalam beramal sepanjang bulan mulia ini.

Hadir sama dalam program ini, YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki, Pengerusi PUSPANITA MPKK dan Cawangan Kecil Daerah Kulim; Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK; Tuan Haji Badrol Hisam bin Mohd Yusof, Ketua Whip Ahli Majlis MPKK; Ahli-Ahli Majlis bersama pegawai kawasan MPKK; pengarah jabatan dan anggota yang terlibat.

Semoga semangat Ramadan terus menyinari hati kita, dan Aidilfitri kali ini menjadi lebih bermakna dengan perkongsian rezeki bersama mereka yang memerlukan.

✨ Satu sumbangan, seribu senyuman ✨

Klik untuk gambar sekitar program

#KasihRamadan2025

#SumbanganAidilfitri

#MPKKPrihatin

#TanggungjawabSosial

#KomunitiHarmoni

Skip to content