PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA

Yang Dipertua MPSPK, Yang Mulia Mejar ( Kehormat ) Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah merangkap Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Kedah, berbesar hati menyampaikan sumbangan hari raya kepada Rejimen 513 Askar Wataniah yang diketuai oleh Lt Kol Mohd Radzi bin Zakaria (Ketua Cawangan Tadbir) dalam pertemuan yang berlangsung di Bilik Yang Dipertua pagi tadi.

Rejimen 513 Askar Wataniah merupakan antara pasukan yang sentiasa memberikan sokongan penuh kepada MPSPK. Dalam pertemuan tersebut, Yang Dipertua turut berkesempatan bertanya khabar dan mengucapkan penghargaan kepada pegawai-pegawai yang hadir atas kerjasama yang jitu dalam pembabitan setiap program yang dianjurkan oleh MPSPK selama ini.

MPSPK merakamkan ucapan terima kasih dan selamat hari raya kepada seluruh Rejimen 513 Askar Wataniah. Sesi pertemuan berakhir dengan sesi foto kenangan bersama Yang Dipertua MPSPK.


Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content