TEMUDUGA GERAI MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH
Seramai 63 orang peniaga telah menghadiri Sesi Temuduga bagi MyKiosk Amanjaya, Wisma Bandaran dan Gerai Terbuka Tikam Batu yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa, Tingkat 5 Menara MPSPK pada hari ini.
Sesi Temuduga dipengerusikan oleh Setiausaha MPSPK Mohammad Hasbullah Bin Abd. Hadi bersama panel Pengarah Jabatan Kejuruteraan Encik Mohd Zahir bin Salleh, Pegawai Penilaian Puan Yuhanis binti Yusof, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Mohd Farid bin Ismail, Ahli Majlis Merangkap Area Officer Zon 6 Encik Abdul Hafiz bin Abdul Halim, Ahli Majlis Merangkap Area Officer Zon 14 Ustaz Fishol bin Haji Hashim dan urusetia dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Cik Syazwani binti Samsuri.
Klik untuk gambar sekitar program










