JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH TAHUN 2025.

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Kenangan MPSPK, bermula jam 8.00 malam hingga 11.30 malam. Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan dengan kehadiran para tetamu jemputan. Bertambah seri lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, SSDK., DSDK., AMK., BCK, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Yang Dipertua, YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah dan Setiausaha, Encik Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi turut bersama-sama mengiringi Yang Berhormat Dato’ Seri.

Turut hadir juga untuk memeriahkan majlis ialah kehadiran tetamu-tetamu jemputan iaitu Ahli Parlimen, ADUN kawasan sekitar, ketua-ketua jabatan, wakil agensi kerajaan, ahli-ahli majlis serta seluruh warga kerja MPSPK.

Para tetamu disambut dengan juadah istimewa hari raya.Turut memeriahkan acara ialah pelbagai persembahan pentas oleh artis jemputan dan persembahan ‘Live Band, termasuk persembahan medley lagu-lagu raya, serta persembahan tarian. Yang Dipertua YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir sebagai simbolik kasih sayang dan keprihatinan.

Majlis ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Aidilfitri, malah mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua yang hadir. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.


Klik untuk video sekitar program
Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content