𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐔𝐈𝐓𝐌 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐉𝐀𝐃𝐈 (𝐍𝐀𝐓𝐔𝐑𝐄-𝐁𝐀𝐒𝐄𝐃 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌)
𝟏𝟎 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒

Lawatan Akademik UITM Shah Alam untuk cadangan pembangunan projek pelancongan berasaskan alam semula jadi (Nature- Based Tourism) telah diadakan pada 10 April 2025 (Khamis) bertempat di Dewan Alamanda D’Yan Chalet , Kedah. Majlis ini telah bermula pada 11.00 pagi sehingga 1.00 Petang.

Program ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat terperinci berhubung aspek penilaian serta pembangunan projek yang berkaitan, sekali gus membantu pelajar dalam meningkatkan kefahaman serta kemahiran praktikal sejajar dengan objektif pembelajaran kursus..

Program dimulakan dengan pengenalan cadangan projek pembangunan dari wakil pelajar UITM oleh Encik Jeremiah Baien Pran Rolend.Program diteruskan dengan taklimat daripada Majlis Daerah Yan iaitu Puan Tpr. Roslizawati binti Ibrahim , Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa dan diteruskan dengan taklimat dari Penolong Jutera Majlis Daerah Yan, Puan Irnifitrina Isaak @Ishak.

Program diteruskan lagi dengan takilimat daripada Penolong Pegawai Undang-undang , Puan Ku Afifah binti Ku Abdul Halim.Program seterusnya adalah sesi penyerahan cenderamata dari UITM kepada Majlid Dearah .Yan & Pejabat Daerah Dan Tanah Yan.

Program diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada jabatan/agensi yang turut hadir dalam menjayakan program ini.

Skip to content