MBAS BERI SUMBANGAN BANTUAN AIDILFITRI KEPADA 200 KAKITANGAN
27 Mac 2025, Khamis – Kira-kira 200 kakitangan MBAS terima sumbangan bantuan berupa barang keperluan harian di Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBAS, Tingkat 9, Menara MBAS, sebentar tadi.. Inisiatif ini diberikan kepada kakitangan terpilih bagi membantu mengurangkan beban mereka untuk persiapan aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran, En. Khairudin Idris; Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan, En. Abdul Ghani Othman; Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, En. Ahmad Letfi Saad serta Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBAS, En. Afizudin Dato Paduka Hj. Mohd Saad.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'