MBAS DAN PUSPANITA MBAS ANJUR PROGRAM KITAR SEMULA BARANG TERPAKAI DAN JUALAN PAKAIAN 'PRELOVED'

22 Mac 2025, Sabtu – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan PUSPANITA MBAS sedang menganjurkan Program Kitar Semula Barang Terpakai yang diadakan bertempat di perkarangan pintu masuk Bangunan UTC Kedah. Program ini turut melibatkan kerjasama SWCorp Kedah, E-idaman Sdn. Bhd. serta sukarelawan daripada Al-Bukhary International University (AIU).
 
Program ini menyediakan perkhidmatan tukar barang terpakai kepada wang dan pengumpulan fabrik terpakai secara pandu lalu (drive thru). Selain itu juga turut diadakan booth jualan pakaian ‘preloved’ dengan harga serendah RM 5.00 yang terletak di ruang legar aras bawah Bangunan UTC Kedah.
 
Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya berkata program ini dianjurkan sebagai salah satu usaha bagi memupuk semangat penjagaan kelestarian alam sekitar di Bandaraya Alor Setar dalam kalangan masyarakat. Tambahnya lagi, pihak MBAS juga sedang merancang bekerjasama dengan beberapa agensi terlibat untuk menambah pusat Drive Thru Recycle Centre (DTRC) di Bandaraya Alor Setar untuk menambahbaik pengurusan barang terpakai ini.
 
“Menerusi perbincangan saya bersama Pengarah Pembangunan ICU Kedah baru-baru ini, akan diwujudkan lagi 12 Drive Thru Recycle Centre (DTRC) dibawah komuniti Madani dan pihak MBAS akan menyokong perkara ini untuk melihat dan mencadangkan lokasi yang bersesuaian untuk pembinaan DTRC tersebut.”
 
“Selain itu juga saya juga turut mencadangkan kepada CEO E-Idaman Sdn. Bhd., En. Zaki untuk membina sebuah lagi DTRC e-idaman di sebelah kawasan timur Bandaraya Alor Setar. Saya percaya ini akan mempercepatkan proses pengurusan barang terpakai dan masyarakat akan memperoleh manfaat dengan menukar barang terpakai tersebut kepada wang disamping memupuk penjagaan kelestarian alam sekitar di Bandaraya Alor Setar”.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah bersama pihak MBAS TV.
 
Dalam pada itu, Pengerusi PUSPANITA MBAS, YBhg. Datin Fauziah binti Halim mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung di booth PUSPANITA MBAS yang menyediakan jualan pakaian ‘prelove’ dengan harga serendah RM 5.00.
 
Menurutnya, inisiatif itu dilakukan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pakaian sempena aildilfiri.
 
“Jika berkesempatan datanglah ke booth kami, kami akan berada di sini sehingga 24 Mac 2025, semua pakaian ‘preloved’ yang dijual masih cantik.” ujarnya.
 
Hadir sama di program tersebut ialah Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh; Timbalan Pengerusi PUSPANITA MBAS, Puan Siti Zuriah binti Abd Kadir, Pegawai-Pegawai MBAS, AJK-AJK PUSPANITA MBAS serta pegawai terlibat.
 
Program Kitar Semula Barang Terpakai Dan Jualan Pakaian ‘Preloved’ ini akan berlangsung sehingga 24 Mac 2025 (Isnin). Jangan Lupa Mai!
 
1. HANTAR + TIMBANG = WANG
9.00 PAGI – 03.00 PETANG
(Plastik Campur, Pet, PP, HDPE, LDPE, Tin Aluminium, Tin Besi, Besi, Kertas Campur, Kertas Hitam Putih, Kotak, Surat Khabar Lama, Minyak Masak Terpakai, Kaca)
 
2. ‘DRIVE THRU’
9.00 PAGI – 3.00 PETANG
(Fabrik Terpakai)
 
3. Booth ‘Prelove’ PUSPANITA MBAS
9.30 pagi – 3.00 petang
Ruang Legar Aras Bawah, Bangunan UTC Kedah.
 
Skip to content