MBAS RAIKAN 100 ANAK YATIM, BERIKAN SUMBANGAN SEMPENA RAMADAN DAN AIDILFITRI
20 Mac 2025, Khamis – Kira-kira 100 anak yatim dalam kawasan Alor Setar dan Pokok Sena diraikan di Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim MBAS 2025 yang diadakan bertempat di Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, malam tadi.
Program Majlis Berbuka Puasa ini merupakan program tahunan MBAS di setiap bulan Ramadan bagi membantu dan menyantuni anak-anak yang kurang bernasib baik sempena bulan Ramadan dan juga bulan Syawal.
Selain menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan, MBAS turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai, baju raya serta barangan keperluan sebagai usaha untuk mereka merasai kemeriahan Ramadan bersama-sama dalam suasana yang penuh kasih sayang dan kebersamaan sekali gus dapat meraikan Syawal yang bakal menjelma seperti anak-anak yang lain.
Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya diiringi Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh serta beberapa wakil pihak penaja.
MBAS juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada beberapa pihak penaja yang telah membantu memberikan tajaan sumbangan pada kali ini iaitu Usima Sdn. Bhd., Gedung Tekstil Jackel, Syarikat Sakan Sdn. Bhd., Optometris Zaharah, Wetra Food Industries Sdn. Bhd. Dan Tastiway Sdn. Bhd.
Hadir sama di majlis tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis MBAS, Imam Masjid Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, Ustaz Halimuddin bin Ahmad; Pegawai-Pegawai Yayasan Islam Negeri Kedah, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta pegawai-pegawai terlibat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'