MAJLIS APRESIASI KEDAH CASHLESS KERAJAAN NEGERI KEDAH TAHUN 2024

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kedah Cashless Kerajaan Negeri Kedah yang diadakan di Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman, Aras 3, Blok E, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah.

Bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah mendapat Tempat Pertama !! Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah dan Setiausaha, Encik Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi hadir menerima trofi dan cek cura (mock cheque) yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kedah. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Jabatan Kewangan yang diketuai oleh Encik Anuar bin Ramli, Pengarah Jabatan Kewangan dan Puan Nurul Izzad binti Mokhtar, Ketua Bahagian Hasil atas inisiatif dan transformasi dalam perlaksanaan cashless di MPSPK.



Skip to content