IFTAR SANTAI MASJID ALBUKHARY ALOR MALAI, ALOR SETAR

29 Mac 2025, Sabtu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah hadir ke Majlis Iftar Santai yang diadakan bertempat di Dataran Masjid AlBukhary Alor Malai, malam tadi. Turut bersama ialah Imam Masjid Albukhary Alor Malai, Tuan Haji Mohmad Nasrudin Ismail dan ADUN Derga, YB Muhammad Amri Bin Wahab.
 
Majlis anjuran Masjid AlBukhary Alor Malai ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara jemaah masjid dan anak kariah setempat di bulan ramadan yang pebuh mulia ini. Selesai berbuka puasa, majlis diteruskan dengan solat Maghrib, solat Isyak dan Tarawih berjemaah.
 
Kredit foto : Kedah Kini
 
Skip to content