KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebutharga di bawah ini.

BIL NO SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK
1 24/2025 (KEJ) CADANGAN MEMBINA DATARAN KEJAT DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI PANTAI RHU, TANJUNG DAWAI, SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G2 KATEGORI CE PENGKHUSUSAN CE01

– TIADA LAWATAN TAPAK –

2 25/2025 (KEJ) KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN DI TEMPAT MELETAK KENDERAAN ZON CEMPAKA, BANDAR AMANJAYA, SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G2 KATEGORI CE PENGKHUSUSAN CE01

– TIADA LAWATAN TAPAK –

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan) mulai 21 April 2025 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
2.15 petang – 3.00 petang

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebutharga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal perakuan pendaftaran kontraktor dan sijil perolehan kerja kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM CIDB), Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Sijl Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 27 APRIL 2025, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman serta dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebutharga di Kaunter Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 15 April 2025

Skip to content