KUNJUNGAN DATUK BANDAR ALOR SETAR MEDAN SELERA PUSAT BANDARAYA, ALOR SETAR
7 April 2025, Isnin – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan kunjungan ke Medan Selera Pusat Bandaraya, Alor Setar hari ini.
Kunjungan tersebut diadakan bagi meninjau keadaan semasa medan selera tersebut selain bertemu para meniaga dan pengunjung dalam memastikan kemudahan, kebersihan dan keselamatan berada dalam tahap yang baik.
Usai kunjungan tersebut, Datuk Bandar turut meninjau kenderaan-kenderaan yang telah dikenakan tindakan kompaun oleh pihak MBAS di kawasan sekitar tersebut.
Untuk makluman, Majlis Bandaraya Alor Setar sedang mengadakan Kempen Pengurangan Kompaun Parkir sempena Aidilfitri 1446H yang sedang berlangsung dari 1 April 2025 – 30 April 2025. Pengurangan sebanyak 60% secara automatik untuk semua jenis kompaun parkir tidak termasuk kompaun parkir yang dikeluarkan pada hari pertama dan kadar minimum RM10.00.
Anda boleh semak kompaun anda dan jelaskan bayaran di aplikasi ‘FAST MBAS’ dan juga ‘Flexi Parking’ dengan memuat turun melalui pautan berikut :
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'