KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) NEGERI KEDAH KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
6 April 2025, Ahad – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah, YBrs. Tuan Stein Van Lutam di Ibu Pejabat MBAS, pagi tadi.
Semoga pertemuan ini membantu mempertingkatkan hubungan kerjasama serta mutu perkhidmatan antara kedua-dua pihak dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Hadir sama ialah Pegawai Undang-Undang MBAS, YBrs. Dr. Elina Mohd; Ketua Bahagian Penguatkuasaan MBAS, En. Ahmad Syaher Abu Bakar serta pegawai-pegawai JPJ Kedah.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'