KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN AMANAH RAYA REIT KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR | USAHA KE ARAH MENGHIDUPKAN SEMULA BANGUNAN AMANAH RAYA (HOTEL HOLIDAY VILLA), ALOR SETAR

10 April 2025, Khamis – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan Pengurusan Amanah Raya Reit di Ibu Pejabat MBAS, sebentar tadi.
Ia dihadiri oleh Pengarah Urusan Amanah Raya Reit, En. Mohd Iskandar Dzulkarnain Bin Ramli serta pegawai-pegawai Amanah Raya Reit.
 
Usaha ke arah menghidupkan kembali Bangunan Amanah Raya atau dahulunya Hotel Holiday Villa yang terletak di pusat Bandaraya Alor Setar antara yang dibincangkan dalam pertemuan ini.
 
 
Skip to content