MAJLIS PERASMIAN ACARA LUNA LIGHT WONDERLAND, ALOR SETAR

9 April 2025, Rabu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya hadir ke Majlis Perasmian Acara Luna Lights Wonderland bertempat di Taman Jubli Emas, Alor Setar malam tadi. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Kebudayaan & Keusahawanan Negeri Kedah, YB Dato’ Mohd Salleh Saidin.
 
Luna Lights Wonderland, sebuah pesta cahaya terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records kini berlangsung di Taman Jubli Emas, Alor Setar dari 4 April hingga 4 Mei 2025. Ia menampilkan pertunjukan lampu hiasan bertemakan Aurora River, pertunjukan Laser Space, serta zon bertemakan filem popular seperti Star Wars dan Avatar yang merangkumi penggunaan sebanyak 1.6 juta lampu jenis LED.
 
Sempena Tahun Melawat Kedah 2025 dan Mai Singgah Alor Setar lagi, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan dan keunikan pesta cahaya Luna Light Wonderland ini.
 
📍Lokasi GPS/ WAZE:
🗓️ Tarikh:
4 April 2025 – 4 Mei 2025
 
🕖 Masa: 7pm – 12am
 
💵 Harga Ticket :
Dewasa : RM12 Sahaja
Kanak (12& ke-bawah) : RM 6 sahaja
Pemegang kad OKU Percuma
 
Untuk info lanjut ikuti laman Facebook rasmi Luna Lights Wonderland Malaysia
 
 
Skip to content