MAJLIS SAH KHATAM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2025H/1446M
29 Mac 2025, Sabtu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah hadir ke Majlis Sah Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2025H/1446M di Masjid Zahir, Alor Setar malam tadi.
Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah perkenan mencemar duli berangkat ke Majlis tersebut. Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehddin.
Majlis dimulakan dengan Solat Isyak dan Solat Sunat Terawih berjemaah disusuli dengan Majlis Sah Khatam Al-Quran yang di ketuai oleh Imam Besar Masjid Zahir, Sheikh Mohd Naim Ahmad.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Imam Besar dan sumbangan Moreh Ampun Kurnia Tuanku Sultan Kedah kepada orang ramai yang hadir.
Hadir sama Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, Speaker DUN Kedah, Zubir Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Mohd Azam Abd Samat; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Sheikh Dr. Fadzil Awang dan Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Sheikh Abd Rahman Abdullah.
Kredit foto : Warta Kedah
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'