Sekalung tahniah diucapkan kepada Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) atas kejayaan pencapaian
𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐂𝐀𝐒𝐇𝐋𝐄𝐒𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐀𝐓𝐄𝐆𝐎𝐑𝐈 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍
𝟭𝟰 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡
Sesi penyampaian anugerah Majlis Apresiasi Cashless Kerajaan Negeri Kedah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, kepada YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK), sebagai pengiktirafan rasmi terhadap pencapaian tersebut. Turut hadir dalam sesi penerimaan anugerah tersebut ialah Puan Che Murshiha binti Makhtar, Pengarah Jabatan Perbendaharaan serta Puan Intan Nurfairul Huda binti Md Yusoff, Ketua Bahagian Hasil yang bersama-sama menerima trofi, ‘mock cheque’ dan sijil pengiktirafan. Majlis penyampaian anugerah ini telah diadakan bertempat di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman.
Kejayaan ini merupakan simbol usaha gigih dan komitmen tinggi MPKK dalam melaksanakan perkhidmatan tanpa tunai secara menyeluruh ke arah pentadbiran yang lebih efisien, telus dan selamat. Inisiatif cashless ini bukan sahaja mempercepatkan urusan perkhidmatan, malah membuka ruang lebih luas ke arah transformasi digital yang progresif dan memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan majlis dengan lebih selesa dan berteknologi.
Semoga kejayaan ini menjadi dorongan kepada seluruh warga kerja MPKK untuk terus memperkukuh usaha ke arah kecemerlangan perkhidmatan yang mesra rakyat, moden dan selari dengan aspirasi Negeri Kedah ke arah Greater Kedah.
