KUNJUNGAN DATUK BANDAR ALOR SETAR KE PROGRAM LORONG PEKAN @ LORONG MALINJA, ALOR SETAR

12 April 2025, Sabtu – Kunjungan Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya ke program ‘Lorong Pekan Beraya Lagi’ yang diadakan pertama kali bertempat di Lorong Malinja, Alor Setar, semalam.
 
YBhg. Datuk Bandar turut sempat melawat gerai-gerai jualan dan beramah mesra bersama para peniaga dan para pengunjung sebagai tanda sokongan daripada pihak MBAS atas usaha ini untuk memeriahkan bandaraya Alor Setar sempena Mai Singgah Alor Setar Lagi dan Tahun Melawat Kedah 2025.
 
Hadir sama mengiringi beliau ialah pihak peganjur Program Lorong Pekan, Ketua Unit Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS, En. Khaled Shah serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Skip to content