MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS MPSPK
Sekitar Majlis Angkat Sumpah En Khairol Jasmin bin Namin sebagai Ahli Majlis Zon 1 yang baru pada 16 April 2025 (Rabu) bertempat di Bilik Gerakan, MPSPK. Majlis Angkat Sumpah telah diadakan di hadapan Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah dan Setiausaha MPSPK Mohammad Hasbullah Bin Abd. Hadi.
Turut hadir Ahli-Ahli Majlis MPSPK, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-ketua Bahagian, agensi-agensi kerajaan dan agensi lain yang berkaitan.
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat.




