RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH

10 April 2025, Khamis – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya bersama Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh serta beberapa Pegawai MBAS telah hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali yang diadakan bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar.
 
Kira-kira 3,000 Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan hadir diraikan dan memeriahkan rumah terbuka berkenaan serta diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
 
Hadir sama Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Dr Syeikh Fadzil Awang; Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abd Rahman Abdullah; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Wira Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Fauzi Mustaffa; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri, Dato’ Muhamad Arof Darus dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Dr Nadzman Mustaffa.
 
 
Skip to content