SESI LIBAT URUS DAN PERKONGSIAN MAKLUMAT JABATAN CARUMAN KWAP BERSAMA MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
14 April 2025, Isnin – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menerima kunjungan Jabatan Caruman, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) bagi satu Sesi Libat Urus Dan Perkongsian yang telah diadakan bertempat di Dewan Mesyuarat Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS. Ketibaan 4 orang pegawai KWAP yang diketuai oleh Ketua Jabatan Caruman KWAP, Puan Faroza Mohamed Sohor disambut oleh Pengarah Jabatan Kewangan MBAS, En. Mohamad Najib Bin Mohd Salleh serta pegawai-pegawai MBAS.
Objektif sesi libat urus ini diadakan bertujuan untuk berkongsi maklumat dalam pembangunan dan pelaksanaan sistem aplikasi Friendly And Smart Technology (FAST) yang digunapakai oleh MBAS. Satu sesi penerangan mengenai pelaksanaan sistem FAST telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Akaun MBAS, En. Mohd Shahril Bin Mohd Dahalan.
Pihak MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KWAP atas kunjungan ini. Semoga sesi libat urus yang diadakan ini membantu mempertingkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'