KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR ALOR SETAR KE KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)
18 April 2025, Putrajaya – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Wira M Noor Azman Bin Taib dan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali di Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan, Putrajaya, hari ini.
Pelbagai perkara teleh dibincangkan bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara kedua-dua pihak ke arah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat khususnya di Bandaraya Alor Setar.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'