Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Kedah 2025




19 April 2025 (Sabtu) – Sambutan Minggu Perpaduan 2025 telah berlangsung dengan meriah di Dataran Tanah Merah, Jitra, Kedah, menghimpunkan masyarakat berbilang kaum dalam suasana penuh harmoni dan semangat kebersamaan.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang hari termasuk persembahan kebudayaan, perarakan pelbagai kaum, sukan rakyat, pameran agensi kerajaan dan NGO, serta jualan makanan tradisional dari pelbagai kaum.
Acara tersebut turut memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali lebih dekat budaya dan adat resam masyarakat berbilang kaum melalui aktiviti interaktif serta demonstrasi seni dan kraftangan.
Penduduk setempat dan pengunjung dari luar kawasan tidak melepaskan peluang untuk menyertai program ini, menjadikannya platform terbaik untuk mengeratkan hubungan antara komuniti dan memupuk semangat perpaduan.
Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan dan diperluaskan lagi pada masa akan datang bagi memastikan nilai perpaduan terus menjadi tunjang kekuatan negara.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu