

Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) merakamkan ucapan selamat bersara kepada TPr Haji Hamzah bin Ab Halim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK, yang telah menamatkan perkhidmatan beliau setelah sekian lama menabur bakti dalam bidang perancangan bandar di Daerah Kulim.
Sepanjang perkhidmatan beliau, TPr. Haji Hamzah telah menjadi tulang belakang kepada pelbagai inisiatif penting di MPKK, termasuk peranan besar dalam memacu Inisiatif E10, meningkatkan pelaburan, serta menaikkan nama MPKK di peringkat negeri dan kebangsaan.
Sentuhan perancangannya bukan sahaja membawa kemajuan kepada struktur bandar Kulim, beliau turut menyumbang kepada kualiti kehidupan yang lebih baik untuk masyarakat setempat, malahan yang paling penting, menjadi antara peranan dalam menjadikan daerah dan khususnya negeri Kedah dalam pembangunan industri, secara langsung dapat meningkatkan pelaburan di dalam daerah dan negeri ini.
Semangat, dedikasi dan wawasan beliau dalam merancang pembangunan secara mampan akan sentiasa menjadi rujukan dan inspirasi kepada warga MPKK.
YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua; Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga MPKK mendoakan agar TPr Haji Hamzah terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam menjalani fasa baharu kehidupan selepas persaraan. Terima kasih atas segala jasa yang ditinggalkan sehingga nama MPKK dikenali pelbagai pihak.
Selamat bersara dan semoga terus cemerlang dalam apa jua lapangan!