𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐂𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐅𝐄𝐑𝐑𝐎𝐓𝐄𝐂 𝐌𝐀𝐍𝐔𝐅𝐀𝐂𝐓𝐔𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃

22 April 2025 , Isnin – Kulim terus melakar sejarah sebagai destinasi pelaburan teknologi tinggi. Majlis Pecah Tanah Kilang Ferrotec Manufacturing Sdn Bhd, sebuah pelaburan strategik yang bakal memperkukuh lagi kedudukan Kulim Hi-Tech Park sebagai nadi industri semikonduktor dan pembuatan berteknologi tinggi.

Ferrotec Manufacturing Sdn Bhd sebuah peneraju global dalam pembuatan komponen untuk industri semikonduktor, elektronik berteknologi tinggi, dan peralatan fabrikasi bahan. Kilang ini bakal menjadi pemacu utama kepada rantaian bekalan global, serta membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada penduduk tempatan.

Kilang ini merupakan kilang ke -2 yang didirikan selepas kejayaan menyiapkan kilang pertama Ferrotec dalam masa 14 bulan di tapak FASA 4, Kulim Hi-Tech Park. Kilang kedua ini bertempat di Kawasan Perindustrian Global View, Kulim.

Pihak MPKK dihadiri oleh Ar. Haji Mohd Nazri Bin Harun, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan; Puan Fauziah binti Abdul Mutalib, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta; Encik Mohd Syarizal bin Ishak, Pengarah Unit Audit Dalam, dan wakil Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK. MPKK amat menyokong dan menggalakkan pelaburan strategik dan pembangunan ekonomi berimpak tinggi di kawasan ini.

Komitmen MPKK ke arah pelaburan mampan, teknologi pintar, dan pembangunan mampan antaranya melalui pelaksanaan inisiatif E10 MPKK.

🌱 Bersama kita jayakan masa depan Kulim sebagai hab industri teknologi canggih yang inklusif dan lestari.

#TheGreaterKedah

#KulimSmartCity

#MajlisPerbandaranKulimKedah

Skip to content