𝐌𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐠𝐨𝐭𝐚 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦

Pada 21 dan 22 April 2025, Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan Kursus Pengendalian Aduan Pelanggan, bersama penceramah Encik Zulkifli bin Ahmad.

Di MPKK, kami percaya bahawa setiap anggota adalah kunci kejayaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Oleh itu, kursus ini dirancang dengan matlamat untuk:-

✅Meningkatkan kemahiran komunikasi yang jelas dan berkesan dalam menyelesaikan isu-isu pelanggan dengan lebih empati;

✅Semangat berpasukan melalui latihan simulasi yang melibatkan kerjasama antara peserta;

✅Menghadapi situasi konflik secara profesional dan mencari penyelesaian terbaik tanpa ketegangan; serta

✅ Meningkatkan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan serta merancang strategi penambahbaikan proses dalaman.

Kursus ini memberi peluang kepada setiap peserta untuk berkongsi pengalaman, belajar daripada satu sama lain, dan memperkuat hubungan sesama anggota. Melalui usaha bersama, MPKK berkomitmen untuk terus memperbaiki diri dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Kulim.

MPKK berazam untuk menjadi contoh kepada perkhidmatan awam yang cekap, mesra, dan profesional. Terima kasih kepada semua peserta yang memberi komitmen penuh!

Bersama-sama kita menjadi lebih kuat, lebih cekap, dan lebih bersemangat untuk menghadapai setiap cabaran yang datang!

Klik untuk gambar sekitar program

#KursusPengendalianAduan

#SemangatBerpasukan

#MotivasiKerja

#KomunikasiBerhasil

#SmartCityKulim

Skip to content